MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA,SELANGOR. (0758-06-SEL)
Tarikh : 24hb Februari 2007
Tempat : Tingkat Bawah, Bangunan Blok C, Taman Medan Cahaya.
Masa : 09.25 Malam.
Pengerusi Mesyuarat : Encik Nadzlan bin Puteh.
Pencatit Minit : Nasurudin bin Ahmad.
Kehadiran : 85 Orang ahli.
Pengerusi mengumumkan bilangan kehadiran ahli seramai 85 orang dan bilangan tersebut telah mencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan. Bilangan keahlian ialah seramai 121 orang ahli.
Agenda 1.
Ucapan Pengerusi.
Pengerusi merakamkan rasa bangga dengan kehadiran ahli ahli persatuan yang ramai pada mesyuarat tersebut. Beliau mengajak semua penduduk memberi kerjasama kepada persatuan untuk menjalankan segala aktiviti. Beliau mendapati keadaan kebersihan disetiap tingkat adalah bertambah memuaskan berbanding beberapa dari masa yang lepas. Diharapkan keadaan ini dapat dikekalkan.
Beliau berharap beberapa aktiviti telah dijalankan oleh persatuan, seperti kawalan malam dan lain lain dapat diteruskan oleh sesiapa saja yang akan menerajui persatuan selepas pemilihan jawatan nanti.
Agenda 2.
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat dan Lapuran Setiausaha.
Setiausaha Persatuan, Nasurudin bin Ahmad telah membentangkan Minit Mesyuarat Penubuhan Pesatuan Penduduk Blok C, Taman Medan Cahaya dan Lapuran Aktiviti Persatuan sehingga 31hb Disember 2006, seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.
Minit Mesyuarat dan Lapuran Aktiviti Persatuan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Mohd Kamal bin Abdullah dan disokong oleh Encik Azlan bin Abdul.
Agenda 3
Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31hb Disember 2006
Bendahari Persatuan, Tuan Hj Ali bin Amat telah membentangkan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C yang berakhit pada 31hb.Disember 2007 seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.
Penyata Kewangan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Encik Redzuan bin Mukhtar dan disokong oleh Encik Mohd Jaldin bin Sa’ad
Agenda 4
Pembubaran Ahli Jawatankuasa.
Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2006 dibubarkan.
Agenda 5
Memilih dan Melantik Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya Untuk Tahun 2007.
Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian, barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2007 adalah seperti berikut:-
Pengerusi : Nadzlan bin Puteh
Timbalan Pengerusi : Abdul Rahman bin Ayub
Setiausaha : Nasurudin bin Ahmad
Bendahari : Hj. Ali bin Amat
15 orang Ahli Jawatankuasa :. Prakas Rao a/l Ramuloo
Azlan bin Abdul
Jamalidin Arshad
Hj. Shahbudin bin Mohd Yunus
Zul bin Md Kassim
Mokhtar bin Ali
Mardinah binti Ahmad
Norbait bin Suid
Samsur bin Ahmad
Tajuddin bin Mokhtar
Umi Salina Alang Ibrahim
Redzuan bin Mukhtar
Mohd Jaldin bin Sa’ad
Roslan bin Hadi
Norliah binti Yahya
2 orang Pemeriksa Kira Kira : Zam Ali Zun bin Mat Ali
Zulham binYusof
Agenda 6
Pemilihan Ketua Tingkat dan Pembantu
Senarai ahli ahli berikut yang telah dilantik:-
Tingkat 1 - Ketua Tingkat : Ronipaslah bin Bantarisyah
Pembantu : Hasilawati binti Sidek
Tingkat 2 - Ketua Tingkat : Zaliha binti Abdul Rahim
Pembantu : Siti Nor binti Hamzah
Tingkat 3 - Ketua Tingkat : Sulaiman bin Ramley
Pembantu : Roszawati binti Zawawi
Tingkat 4 - Ketua Tingkat : Norbait bin Mohd Suid
Pembantu : Ramah binti Ngah
Tingkat 5 - Ketua Tingkat : Zul bin Md Kassim
Pembantu : Salbiah binti Sharani
Tingkat 6 - Ketua Tingkat : Nizam bin Said
Pembantu : Siti Rahmah bintiTauhid
Tingkat 7 - Ketua Tingkat : Jamaliddin bin Arshad
Pembantu : Rozila binti Mohd Tap
Tingkat 8 - Ketua Tingkat : Badrol Hisham bin Kamarudin
Pembantu : Fatimah binti Hassan
Tingkat 9 - Ketua Tingkat : Tajuddin bin Mokhtar
Pembantu : Doyah binti Bahaudin
Tingkat 10 - Ketua Tingkat : Mohamad Mokhtar bin Abdul Malik
Pembantu : Sharifah binti Abdul Rashid
Tingkat 11 - Ketua Tingkat : M. Asri bin Setapa
Pembantu : Hamidah binti Zakaria
Tingkat 12 - Ketua Tingkat : Hamzani bin Hamzah
Pembantu : Rosliza Mohamad Nur
Tingkat 13 - Ketua Tingkat : Musa bin Bab
Pembantu : Maiwah bt Mat
Tingkat 14 - Ketua Tingkat : Hamzah bin Sarudin
Pembantu : Sariah binti Chik
Tingkat 15 - Ketua Tingkat : Mokhtar bin Mohd Hassan
Pembantu : Mardinah binti Ahmad
Tingkat 16 - Ketua Tingkat : Pakinadzan a/l
Pembantu : Norliah binti Yahya
Agenda 7
Usul Bertulis
Tiada usul bertulis diterima
Agenda 8
Lain lain Hal
Pengerusi mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari ahli persatuan.
1. Encik Nordin Palil (ahli 100) menasihatkan supaya kereta penduduk luar yang memakirkan kenderaan mereka dikawasan Blok C diberi peringatan bertulis dan jangan membuang angin pada tayar tayar kenderaan mereka.
Pengerusi menyatakan setiap kenderaan yang melakukan kesalahan akan diberi tuga kali amaran bersurat (notis). Mereka dikehendaki mengalihkan kenderaan mereka atau berjumpa dengan AJK Biro Keselamatan. Sebarang tindakan hanya akan diambil jika tiada sebarang maklum balas dan mereka bertindak membuang notis notis yang berikan.
2. Encik Azuan Said (ahli ) mecadangkan supaya dihantar surat ke pemaju iaitu SPN supaya tindakan diambil terhadap butang butang lift yang telah rosak dan hilang demi kemudahan dan keselamatan penduduk.
Setiausaha memberi pengakuan, bahawa surat kepada pemaju akan dihantar secepat mungkin untuk meminta diambil tindakan terhadap perkara tersebut.
Makluman lain
3. Encik Badrol Hisham Kamarudin (ahli ) meminta semua penduduk Blok C mengambil bahagian untuk Kawalan Malam.
4. Encik Abd Rahman Ayub (ahli ) mencadangkan satu jumlah tetap, RM 10.00 atau RM 5.00 hendaklah dikutip dari ahli apabila berlaku satu satu kematian penduduk.
5. Tuan Hj Ali Amat (ahli ) mencadangkan kutipan sumbangan kematian dibuat sebelum berlaku sesuatu kematian. Bila berlaku kematian sumbangan tersebut terus diberikan kepada keluarga simati. Dan kutipan akan dibuat semula selepas itu, untuk kematian yang akan datang.
4. Encik Ridzuan Mokhtar (ahli ) tidak bersetuju cadangan diadakan kutipan tetap RM 10.00 atau RM 5.00 apabila ada kematian penduduk kerana bukan semua penduduk mampu untuk menyumbang secara jumlah tetap. Beliau juga memaklumkan betapa sukarnya untuk membuat kutipan yuran bulanan yang hanya berjumlah sebanyak RM 2.00 sahaja.
Pengerusi meminta perkara kutipan kematian ini dibincang dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang akan datang sebelum dilaksanakan.
Agenda 9
Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat. Beliau meminta maaf jika berlaku sebarang kekasaran kata dan meminta semua ahli memberikan kerjasama penuh terhadap sebarang aktiviti yang kan dibuat sepanjang tahun nanti.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35 malam.
Disediakan oleh Disediakan oleh
........................................ ........................................
Nasurudin bin Ahmad Nadzlan bin Puteh
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C
Taman Medan Cahaya Taman Medan Cahaya
LAPURAN SETIAUSAHA
1. Keahlian
Bilangan ahli persatuan sehingga 31hb.Disember 2007 ialah seramai 122 ahli. Pertambahan seramai 10 ahli semenjak akhir tahun 2006.
Surat edaran terus kerumah telah dibuat mempelawa penduduk penduduk Blok C yang masih belum menjadi ahli persatuan untuk menyertai Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya pada April 2007 dan ulangan pada Jun 2007.
3 orang ahli telah menarik diri atas sebab berpindah ke tempat lain iaitu En Ayub bin Ramli (16-09), En Hasan Adli Rani (05-06) En Al Hafiz bin Hj Idris (02-07)
2. Kutipan Untuk Tabung Membeli Peralatan Kenduri Kendara.
Ahli Jawatankuasa PPPBC telah bersetuju dan membuat ketetapan suara majoriti melalui satu Pekeliling bertarikh 13hb November 2007 yang telah diedar baru baru ini untuk membuat kutipan dari kalangan ahli persatuan , sebanyak RM 100.00 (seratus ringgit sahaja). Wang kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli serta mencukupi peralatan untuk kenduri kendara seperti khemah, kerusi dan lain kemudahan yang difikirkan perlu dan penting yang akan digunakan dari masa kesemasa.
Untuk tidak membebankan kepada mereka yang kurang mampu, bayaran secara ansuran adalah diterima sehingga bulan Mei 2008. Sehingga kini jumlah mereka yang telah membayar jumlah penuh ialah 11 ahli dan seramai 25.ahli telah mula membuat pembayaran secara ansuran.
Lapuran Biro Biro Agama
a) Biro Agama telah mengadakan Kuliah Agama setiap hari minggu pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang, dengan bimbingan Ustaz Hj Omar Amadan bermula April 2008. Kuliah tidak diadakan jika terdapat kenduri atau lain lain hal yang melibatkan kurang penyertaan.
b) Majlis Tahlil Berkelompok telah diadakan sebanyak 2 kali setahun dan akan diteruskan ditahun akan datang jika tiada halangan.
c) Khairat Kematian Blok C telah dimulakan dengan bayaran sebanyak RM 5.00 setiap kematian. Sambutan terhadap Khairat ini adalah kurang mengalakan. Usaha usaha untuk mengajak lebih ramai penduduk menyertainya terus dijalankan. Segala kutipan dan rekod rekod diuruskan oleh En Tajuddin Mokhtar, Ketua Biro Agama (09-03)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment