Wednesday, April 16, 2008

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 2

MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA,SELANGOR. (0758-06-SEL)

Tarikh : 29hb Mac 2008

Tempat : Tingkat Bawah, Bangunan Blok C, Taman Medan Cahaya.

Masa : 09.45 Malam.

Pengerusi Mesyuarat : Nasurudin bin Ahmad.

Kehadiran : 70 Orang ahli.

Pengerusi mengumumkan bilangan kehadiran ahli seramai 70 orang dan bilangan tersebut telah mencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan. Bilangan keahlian ialah seramai 122 orang ahli.


Agenda 1 - Ucapan Pengerusi Encik Nadzlan bin Puteh

Pengerusi mengucapkan salam sejahtera kepada hadirin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi kerjasama kepada beliau sepanjang masa beliau memegang jawatan dan meminta segala usaha untuk memajukan persatuan diteruskan. Beliau mengakui persatuan telah bertambah baik dan harmoni serta berharap ahli ahli tidak membesarkan kesilapan yang kecil dan penyelesaian harus dibuat oleh semua ahli tanpa mengira jawatan.

Beliau berharap biro keselamatan dapat dikemaskan semula kerana didapati soal keselamatan agak longgar dimasa kebelakangan ini.

Akhirnya meminta ahli ahli persatuan tidak berpecah belah dan beliau mengambil keputusan untuk berundur dari jawatan pengerusi dan memberi peluang kepada ahli ahli yang lain. Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C kali yang ke 2.


Agenda 2- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat dan Lapuran Setiausaha.

Setiausaha Persatuan, Nasurudin bin Ahmad telah membentangkan Minit Mesyuarat Pesatuan Penduduk Blok C, Taman Medan Cahaya kali Pertama dan Lapuran Aktiviti Persatuan sehingga 31hb Disember 2007, seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Minit Mesyuarat dan Lapuran Aktiviti Persatuan telah dicadangkan untuk pengesahan
oleh Encik Malek bin Yahya dan disokong oleh Encik Roslan Ab Hadi.


Agenda 3 - Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31hb Disember 2007

Bendahari Persatuan, Tuan Hj Ali bin Amat telah membentangkan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C yang berakhit pada 31hb.Disember 2007 seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Penyata Kewangan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Malek bin Yahya dan disokong oleh Encik Samsur bin Ahmad


Agenda 4-1 Lapuran Biro Kebajikan

Tuan Hj Ali Amat melapurkan bahawa barang keperluan untuk kenduri kendara telah bertambah dari masa ke semasa. Barang yang terbaru dibeli ialah 100 biji kerusi berharga RM 1,400.00

Beliau meminta setiap ahli mempercepatkan sumbangan RM 100.00 setiap ahli untuk membeli peralatan kenduri untuk kemudahan ahli dimasa hadapan.


Agenda 4-2 Lapuran Biro Agama

Encik Tajuddin Mokhtar memaklumkan Biro Agama akan terus menjalankan program yang telah dijalankan seperti Kuliah Agama, Kuliah Khas seperti sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah serta akan mengadakan Tahlil Kelompok tidak lama lagi. Beliau juga memaklumkan baki Tabung Aktiviti Agama masih berbaki sebanyak RM 450.00

Bilangan penduduk yang telah menyertai kumpulan Khairat Kematian ialah seramai 60 orang. Seterusnya beliau membacakan bilangan keanggotaanya dari tingkat ketingkat.


Agenda 5 - Pembubaran Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2007 dibubarkan dan satu pemilihan Ahli Jawatankuasa untuk tahun 2008 akan dijalankan.




Agenda 6 - Memilih dan Melantik Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya Untuk Tahun 2008.

Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian secara rahsia (kertas undi) barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:-

Pengerusi : Hj Ali Amat
Timbalan Pengerusi : Samsur bin Ahmad
Setiausaha : Nasurudin bin Ahmad
Penolong Setiausaha : Sulaiman Ramley
Bendahari : Tajuddin Mokhtar
15 orang Ahli Jawatankuasa :. Prakas Rao a/l Ramaloo
Hj Shahbudin Mohd Yunus
Mokhtar bin Ali
Fatimah Hassan
Jamalidin Arshad
Azlan Abdul
Zul bin Md Kassim
Normah Bustani
Umi Salina Alang Ibrahim
Sharifah Abdul Rashid
Badrolhisham Kamarudin
Puziman Ahmad
Zaleha Abd Rahim
Siti Rahmah Tauhid
Abdul Rahman Ayub

2 orang Pemeriksa Kira Kira : Zam Ali Zun bin Mat Ali
Zulham binYusof


Agenda 7 - Usul Bertulis

1. Tuan Hj Ali Amat mencadangkan pemantauan kereta / motorsikal di Blok C dibuat sekurang kurangnya 2 malam / 3 malam dalam seminggu.

-Setiausaha mencadangkan agar perkara ini diserahkan dan diambil tindakan lanjut oleh Biro Keselamatan yang bakal dibentuk oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dipilih.

2. Nasurudin Ahmad mencadangkan Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C, diberi kuasa (dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa) untuk memilih 5 orang ahli sebagai Ahli Jawatankuasa Tambahan.

Semua ahli yang hadir mesyuarat bersetuju sebulat suara meluluskan perkara tersebut

Agenda 8 – Ucapan Penangguhan

Tuan Hj Ali bin Amat selaku Pengerusi Persatuan yang baru dilantik mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh ahli ahli dan meminta semua pihak memberi sokongan kepada beliau untuk melaksanakan tugas tersebut. Beliau juga meminta ahli bersama sama mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang akan dijalankan.
Seterusnya beliau menangguhkan mesyuarat ke tahun hadapan pada pukul 12.05 pagi



Disediakan oleh Disediakan oleh


........................................ ........................................
Nasurudin bin Ahmad Hj Ali bin Amat
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C
Taman Medan Cahaya Taman Medan Cahaya

No comments: