Wednesday, April 16, 2008

AHLI JAWATANKUASA (PENAJA) dari 28/12/04 sehingga 31/12/2006

AHLI JAWATANKUASA (PENAJA) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA SEHINGGA 31 MAC 2006
1
NADZLAN PUTEH
PENGERUSI
2
ABD RAHMAN AYOB
TIM.PENGERUSI
3
NASURUDIN AHMAD
SETIAUSAHA
4
HJ ALI AMAT
BENDAHARI
5
KUMAR
AJK BIASA
6
PRAKAS RAO
AJK BIASA
7
NORLIAH YAHYA
AJK BIASA
8
HAMIDAH ZAKARIA
AJK BIASA
9
DOYAH BAHAUDIN
AJK BIASA
10
ZALIHA ABD RAHIM
AJK BIASA
11
ANUAR OTHMAN
AJK BIASA
12
AZLAN ABDUL
AJK BIASA
13
BADROL HISHAM
AJK BIASA
14
HAMZAH SARUDIN
AJK BIASA
15
HJ SHABUDIN YUNUS
AJK BIASA
16
ISHAK AHMAD
AJK BIASA
17
ISHAQ IBRAHIM
AJK BIASA
18
JAAFAR SAAD
AJK BIASA
19
JAMALIDIN ARSHAD
AJK BIASA
20
MAT SAAID MAT AKHIR
AJK BIASA
21
MOHD KAMAL ABDULLAH
AJK BIASA
22
MOKHTAR HASAN
AJK BIASA
23
MUSA IDIN
AJK BIASA
24
NORDIN PALIL
AJK BIASA
25
OTHMAN HASHIM
AJK BIASA
26
OTHMAN HASSAN
AJK BIASA
27
REDZUAN HJ MOKHTAR
AJK BIASA
28
ZAIDI DOR HASHIM
AJK BIASA
29
ZAM ALIZUN MAT ALI
AJK BIASA
30
ZUL MAT KASSIM
AJK BIASA


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN DAN AJENDA

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN DAN AJENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KEDUA 2008
PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C,
TAMAN MEDAN CAHAYA

Majlis Perasmian

8.30 - 9.00 malam - Pendaftaran Kedatangan
9.10 - 9.15 malam - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
9.15 - 9.25 malam - Ucapan Pengerusi dan perasmian mesyuarat Agung Tahuanan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C

Ajenda Mesyuarat Agung

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan menerima minit mesyuarat
3. Perkara perkara berbangkit (minit mesyuarat)
4. Membentangkan dan menerima lapuran Setiausaha
5. Membentangkan dan menerima lapuran kewangan
6. Membentangkan Lapuran oleh Ketua Ketua biro
7. Membubarkan Jawatankuasa PPPBC

8. Memilih Jawatankuasa PPPBC bagi tahun 2008 yang terdiri dari :-

8.1 Seorang Pengerusi

8.2 Seorang Timbalan Pengerusi

8.3 Seorang Setiausaha

8.4 Seorang Penolong Setiausaha

8.5 Seorang Bendahari

8.6 15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

8.7 2 orang Pemeriksa Kira Kira

9 Perkara perkara berbangkit

10 Membentangkan usul usul bertulis

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 2

MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA,SELANGOR. (0758-06-SEL)

Tarikh : 29hb Mac 2008

Tempat : Tingkat Bawah, Bangunan Blok C, Taman Medan Cahaya.

Masa : 09.45 Malam.

Pengerusi Mesyuarat : Nasurudin bin Ahmad.

Kehadiran : 70 Orang ahli.

Pengerusi mengumumkan bilangan kehadiran ahli seramai 70 orang dan bilangan tersebut telah mencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan. Bilangan keahlian ialah seramai 122 orang ahli.


Agenda 1 - Ucapan Pengerusi Encik Nadzlan bin Puteh

Pengerusi mengucapkan salam sejahtera kepada hadirin. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi kerjasama kepada beliau sepanjang masa beliau memegang jawatan dan meminta segala usaha untuk memajukan persatuan diteruskan. Beliau mengakui persatuan telah bertambah baik dan harmoni serta berharap ahli ahli tidak membesarkan kesilapan yang kecil dan penyelesaian harus dibuat oleh semua ahli tanpa mengira jawatan.

Beliau berharap biro keselamatan dapat dikemaskan semula kerana didapati soal keselamatan agak longgar dimasa kebelakangan ini.

Akhirnya meminta ahli ahli persatuan tidak berpecah belah dan beliau mengambil keputusan untuk berundur dari jawatan pengerusi dan memberi peluang kepada ahli ahli yang lain. Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C kali yang ke 2.


Agenda 2- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat dan Lapuran Setiausaha.

Setiausaha Persatuan, Nasurudin bin Ahmad telah membentangkan Minit Mesyuarat Pesatuan Penduduk Blok C, Taman Medan Cahaya kali Pertama dan Lapuran Aktiviti Persatuan sehingga 31hb Disember 2007, seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Minit Mesyuarat dan Lapuran Aktiviti Persatuan telah dicadangkan untuk pengesahan
oleh Encik Malek bin Yahya dan disokong oleh Encik Roslan Ab Hadi.


Agenda 3 - Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31hb Disember 2007

Bendahari Persatuan, Tuan Hj Ali bin Amat telah membentangkan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C yang berakhit pada 31hb.Disember 2007 seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Penyata Kewangan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Malek bin Yahya dan disokong oleh Encik Samsur bin Ahmad


Agenda 4-1 Lapuran Biro Kebajikan

Tuan Hj Ali Amat melapurkan bahawa barang keperluan untuk kenduri kendara telah bertambah dari masa ke semasa. Barang yang terbaru dibeli ialah 100 biji kerusi berharga RM 1,400.00

Beliau meminta setiap ahli mempercepatkan sumbangan RM 100.00 setiap ahli untuk membeli peralatan kenduri untuk kemudahan ahli dimasa hadapan.


Agenda 4-2 Lapuran Biro Agama

Encik Tajuddin Mokhtar memaklumkan Biro Agama akan terus menjalankan program yang telah dijalankan seperti Kuliah Agama, Kuliah Khas seperti sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah serta akan mengadakan Tahlil Kelompok tidak lama lagi. Beliau juga memaklumkan baki Tabung Aktiviti Agama masih berbaki sebanyak RM 450.00

Bilangan penduduk yang telah menyertai kumpulan Khairat Kematian ialah seramai 60 orang. Seterusnya beliau membacakan bilangan keanggotaanya dari tingkat ketingkat.


Agenda 5 - Pembubaran Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2007 dibubarkan dan satu pemilihan Ahli Jawatankuasa untuk tahun 2008 akan dijalankan.




Agenda 6 - Memilih dan Melantik Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya Untuk Tahun 2008.

Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian secara rahsia (kertas undi) barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:-

Pengerusi : Hj Ali Amat
Timbalan Pengerusi : Samsur bin Ahmad
Setiausaha : Nasurudin bin Ahmad
Penolong Setiausaha : Sulaiman Ramley
Bendahari : Tajuddin Mokhtar
15 orang Ahli Jawatankuasa :. Prakas Rao a/l Ramaloo
Hj Shahbudin Mohd Yunus
Mokhtar bin Ali
Fatimah Hassan
Jamalidin Arshad
Azlan Abdul
Zul bin Md Kassim
Normah Bustani
Umi Salina Alang Ibrahim
Sharifah Abdul Rashid
Badrolhisham Kamarudin
Puziman Ahmad
Zaleha Abd Rahim
Siti Rahmah Tauhid
Abdul Rahman Ayub

2 orang Pemeriksa Kira Kira : Zam Ali Zun bin Mat Ali
Zulham binYusof


Agenda 7 - Usul Bertulis

1. Tuan Hj Ali Amat mencadangkan pemantauan kereta / motorsikal di Blok C dibuat sekurang kurangnya 2 malam / 3 malam dalam seminggu.

-Setiausaha mencadangkan agar perkara ini diserahkan dan diambil tindakan lanjut oleh Biro Keselamatan yang bakal dibentuk oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dipilih.

2. Nasurudin Ahmad mencadangkan Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C, diberi kuasa (dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa) untuk memilih 5 orang ahli sebagai Ahli Jawatankuasa Tambahan.

Semua ahli yang hadir mesyuarat bersetuju sebulat suara meluluskan perkara tersebut

Agenda 8 – Ucapan Penangguhan

Tuan Hj Ali bin Amat selaku Pengerusi Persatuan yang baru dilantik mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh ahli ahli dan meminta semua pihak memberi sokongan kepada beliau untuk melaksanakan tugas tersebut. Beliau juga meminta ahli bersama sama mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang akan dijalankan.
Seterusnya beliau menangguhkan mesyuarat ke tahun hadapan pada pukul 12.05 pagi



Disediakan oleh Disediakan oleh


........................................ ........................................
Nasurudin bin Ahmad Hj Ali bin Amat
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C
Taman Medan Cahaya Taman Medan Cahaya

MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG PERTAMA 2007

MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA,SELANGOR. (0758-06-SEL)

Tarikh : 24hb Februari 2007

Tempat : Tingkat Bawah, Bangunan Blok C, Taman Medan Cahaya.

Masa : 09.25 Malam.

Pengerusi Mesyuarat : Encik Nadzlan bin Puteh.

Pencatit Minit : Nasurudin bin Ahmad.

Kehadiran : 85 Orang ahli.

Pengerusi mengumumkan bilangan kehadiran ahli seramai 85 orang dan bilangan tersebut telah mencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan. Bilangan keahlian ialah seramai 121 orang ahli.


Agenda 1.

Ucapan Pengerusi.

Pengerusi merakamkan rasa bangga dengan kehadiran ahli ahli persatuan yang ramai pada mesyuarat tersebut. Beliau mengajak semua penduduk memberi kerjasama kepada persatuan untuk menjalankan segala aktiviti. Beliau mendapati keadaan kebersihan disetiap tingkat adalah bertambah memuaskan berbanding beberapa dari masa yang lepas. Diharapkan keadaan ini dapat dikekalkan.

Beliau berharap beberapa aktiviti telah dijalankan oleh persatuan, seperti kawalan malam dan lain lain dapat diteruskan oleh sesiapa saja yang akan menerajui persatuan selepas pemilihan jawatan nanti.


Agenda 2.

Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat dan Lapuran Setiausaha.

Setiausaha Persatuan, Nasurudin bin Ahmad telah membentangkan Minit Mesyuarat Penubuhan Pesatuan Penduduk Blok C, Taman Medan Cahaya dan Lapuran Aktiviti Persatuan sehingga 31hb Disember 2006, seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Minit Mesyuarat dan Lapuran Aktiviti Persatuan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Mohd Kamal bin Abdullah dan disokong oleh Encik Azlan bin Abdul.

Agenda 3

Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada 31hb Disember 2006

Bendahari Persatuan, Tuan Hj Ali bin Amat telah membentangkan Penyata Kewangan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C yang berakhit pada 31hb.Disember 2007 seperti yang terkandung didalam buku lapuran mesyuarat.

Penyata Kewangan telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Encik Encik Redzuan bin Mukhtar dan disokong oleh Encik Mohd Jaldin bin Sa’ad


Agenda 4

Pembubaran Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2006 dibubarkan.


Agenda 5

Memilih dan Melantik Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya Untuk Tahun 2007.

Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian, barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya bagi tahun 2007 adalah seperti berikut:-

Pengerusi : Nadzlan bin Puteh
Timbalan Pengerusi : Abdul Rahman bin Ayub
Setiausaha : Nasurudin bin Ahmad
Bendahari : Hj. Ali bin Amat
15 orang Ahli Jawatankuasa :. Prakas Rao a/l Ramuloo
Azlan bin Abdul
Jamalidin Arshad
Hj. Shahbudin bin Mohd Yunus
Zul bin Md Kassim
Mokhtar bin Ali
Mardinah binti Ahmad
Norbait bin Suid
Samsur bin Ahmad
Tajuddin bin Mokhtar
Umi Salina Alang Ibrahim
Redzuan bin Mukhtar
Mohd Jaldin bin Sa’ad
Roslan bin Hadi
Norliah binti Yahya

2 orang Pemeriksa Kira Kira : Zam Ali Zun bin Mat Ali
Zulham binYusof


Agenda 6

Pemilihan Ketua Tingkat dan Pembantu

Senarai ahli ahli berikut yang telah dilantik:-

Tingkat 1 - Ketua Tingkat : Ronipaslah bin Bantarisyah
Pembantu : Hasilawati binti Sidek

Tingkat 2 - Ketua Tingkat : Zaliha binti Abdul Rahim
Pembantu : Siti Nor binti Hamzah

Tingkat 3 - Ketua Tingkat : Sulaiman bin Ramley
Pembantu : Roszawati binti Zawawi

Tingkat 4 - Ketua Tingkat : Norbait bin Mohd Suid
Pembantu : Ramah binti Ngah

Tingkat 5 - Ketua Tingkat : Zul bin Md Kassim
Pembantu : Salbiah binti Sharani

Tingkat 6 - Ketua Tingkat : Nizam bin Said
Pembantu : Siti Rahmah bintiTauhid

Tingkat 7 - Ketua Tingkat : Jamaliddin bin Arshad
Pembantu : Rozila binti Mohd Tap

Tingkat 8 - Ketua Tingkat : Badrol Hisham bin Kamarudin
Pembantu : Fatimah binti Hassan

Tingkat 9 - Ketua Tingkat : Tajuddin bin Mokhtar
Pembantu : Doyah binti Bahaudin

Tingkat 10 - Ketua Tingkat : Mohamad Mokhtar bin Abdul Malik
Pembantu : Sharifah binti Abdul Rashid

Tingkat 11 - Ketua Tingkat : M. Asri bin Setapa
Pembantu : Hamidah binti Zakaria

Tingkat 12 - Ketua Tingkat : Hamzani bin Hamzah
Pembantu : Rosliza Mohamad Nur

Tingkat 13 - Ketua Tingkat : Musa bin Bab
Pembantu : Maiwah bt Mat

Tingkat 14 - Ketua Tingkat : Hamzah bin Sarudin
Pembantu : Sariah binti Chik

Tingkat 15 - Ketua Tingkat : Mokhtar bin Mohd Hassan
Pembantu : Mardinah binti Ahmad

Tingkat 16 - Ketua Tingkat : Pakinadzan a/l
Pembantu : Norliah binti Yahya


Agenda 7

Usul Bertulis

Tiada usul bertulis diterima


Agenda 8

Lain lain Hal

Pengerusi mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari ahli persatuan.

1. Encik Nordin Palil (ahli 100) menasihatkan supaya kereta penduduk luar yang memakirkan kenderaan mereka dikawasan Blok C diberi peringatan bertulis dan jangan membuang angin pada tayar tayar kenderaan mereka.

Pengerusi menyatakan setiap kenderaan yang melakukan kesalahan akan diberi tuga kali amaran bersurat (notis). Mereka dikehendaki mengalihkan kenderaan mereka atau berjumpa dengan AJK Biro Keselamatan. Sebarang tindakan hanya akan diambil jika tiada sebarang maklum balas dan mereka bertindak membuang notis notis yang berikan.

2. Encik Azuan Said (ahli ) mecadangkan supaya dihantar surat ke pemaju iaitu SPN supaya tindakan diambil terhadap butang butang lift yang telah rosak dan hilang demi kemudahan dan keselamatan penduduk.
Setiausaha memberi pengakuan, bahawa surat kepada pemaju akan dihantar secepat mungkin untuk meminta diambil tindakan terhadap perkara tersebut.

Makluman lain

3. Encik Badrol Hisham Kamarudin (ahli ) meminta semua penduduk Blok C mengambil bahagian untuk Kawalan Malam.

4. Encik Abd Rahman Ayub (ahli ) mencadangkan satu jumlah tetap, RM 10.00 atau RM 5.00 hendaklah dikutip dari ahli apabila berlaku satu satu kematian penduduk.

5. Tuan Hj Ali Amat (ahli ) mencadangkan kutipan sumbangan kematian dibuat sebelum berlaku sesuatu kematian. Bila berlaku kematian sumbangan tersebut terus diberikan kepada keluarga simati. Dan kutipan akan dibuat semula selepas itu, untuk kematian yang akan datang.

4. Encik Ridzuan Mokhtar (ahli ) tidak bersetuju cadangan diadakan kutipan tetap RM 10.00 atau RM 5.00 apabila ada kematian penduduk kerana bukan semua penduduk mampu untuk menyumbang secara jumlah tetap. Beliau juga memaklumkan betapa sukarnya untuk membuat kutipan yuran bulanan yang hanya berjumlah sebanyak RM 2.00 sahaja.

Pengerusi meminta perkara kutipan kematian ini dibincang dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang akan datang sebelum dilaksanakan.

Agenda 9

Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat. Beliau meminta maaf jika berlaku sebarang kekasaran kata dan meminta semua ahli memberikan kerjasama penuh terhadap sebarang aktiviti yang kan dibuat sepanjang tahun nanti.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35 malam.

Disediakan oleh Disediakan oleh


........................................ ........................................
Nasurudin bin Ahmad Nadzlan bin Puteh
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C
Taman Medan Cahaya Taman Medan Cahaya




LAPURAN SETIAUSAHA

1. Keahlian

Bilangan ahli persatuan sehingga 31hb.Disember 2007 ialah seramai 122 ahli. Pertambahan seramai 10 ahli semenjak akhir tahun 2006.

Surat edaran terus kerumah telah dibuat mempelawa penduduk penduduk Blok C yang masih belum menjadi ahli persatuan untuk menyertai Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya pada April 2007 dan ulangan pada Jun 2007.

3 orang ahli telah menarik diri atas sebab berpindah ke tempat lain iaitu En Ayub bin Ramli (16-09), En Hasan Adli Rani (05-06) En Al Hafiz bin Hj Idris (02-07)

2. Kutipan Untuk Tabung Membeli Peralatan Kenduri Kendara.

Ahli Jawatankuasa PPPBC telah bersetuju dan membuat ketetapan suara majoriti melalui satu Pekeliling bertarikh 13hb November 2007 yang telah diedar baru baru ini untuk membuat kutipan dari kalangan ahli persatuan , sebanyak RM 100.00 (seratus ringgit sahaja). Wang kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli serta mencukupi peralatan untuk kenduri kendara seperti khemah, kerusi dan lain kemudahan yang difikirkan perlu dan penting yang akan digunakan dari masa kesemasa.

Untuk tidak membebankan kepada mereka yang kurang mampu, bayaran secara ansuran adalah diterima sehingga bulan Mei 2008. Sehingga kini jumlah mereka yang telah membayar jumlah penuh ialah 11 ahli dan seramai 25.ahli telah mula membuat pembayaran secara ansuran.

Lapuran Biro Biro Agama

a) Biro Agama telah mengadakan Kuliah Agama setiap hari minggu pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang, dengan bimbingan Ustaz Hj Omar Amadan bermula April 2008. Kuliah tidak diadakan jika terdapat kenduri atau lain lain hal yang melibatkan kurang penyertaan.

b) Majlis Tahlil Berkelompok telah diadakan sebanyak 2 kali setahun dan akan diteruskan ditahun akan datang jika tiada halangan.

c) Khairat Kematian Blok C telah dimulakan dengan bayaran sebanyak RM 5.00 setiap kematian. Sambutan terhadap Khairat ini adalah kurang mengalakan. Usaha usaha untuk mengajak lebih ramai penduduk menyertainya terus dijalankan. Segala kutipan dan rekod rekod diuruskan oleh En Tajuddin Mokhtar, Ketua Biro Agama (09-03)

NOTIS MESYUARAT AGUNG 2008

PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C (PPPBC)
TAMAN MEDAN CAHAYA
46000 PETALING JAYA

Ruj: 1/2008 PPPBC TMC
Tarikh: 15hb.Mac 2008


SEMUA AHLI AHLI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA SELANGOR

NOTIS MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KEDUA, PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BLOK C, TAMAN MEDAN CAHAYA, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR, BAGI TAHUN 2008

Merujuk kepada perkara diatas dan selaras dengan Fasal 8:4 Perlembagaan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C, Taman Medan Cahaya (PPPBC) akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 29hb Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Tingkat Bawah
Bangunan Blok C, Taman Medan Cahaya

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi

2. Membentang dan menerima minit mesyuarat

3. Perkara perkara berbangkit (minit mesyuarat)

4. Membentangkan dan menerima lapuran Setiausaha

5. Membentangkan dan menerima lapuran kewangan

6. Membentangkan Lapuran oleh Ketua Ketua biro

7. Membubarkan Jawatankuasa PPPBC

8. Memilih Jawatankuasa PPPBC bagi tahun 2008 yang terdiri dari :-

8.1 Seorang Pengerusi

8.2 Seorang Timbalan Pengerusi

8.3 Seorang Setiausaha

8.4 Seorang Penolong Setiausaha

8.5 Seorang Bendahari

8.6 15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

8.7 2 orang Pemeriksa Kira Kira

9 Memilih Ketua ketua tingkat dan Pembantu

10 Perkara perkara berbangkit

11 Membentangkan usul usul bertulis

2. Bagi agenda 9, sebarang usul usul bertulis hendaklah sampai kepada Setiausaha selewat lewatnya pada 26hb Mac 2008

3. Jamuan ringan disediakan

Sekian dan selamat bermesyuarat



Yang menjalankan tugas



t.t.

NADZLAN BIN PUTEH
Pengerusi
Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok C
Taman Medan Cahaya